Bahagian Keusahawanan Pemasar berperanan membangunkan usahawan pemasar agromakanan melalui latihan, bimbingan dan inisiatif peningkatan kemahiran secara berstruktur serta memacu transformasi pemasaran digital produk agromakanan menerusi platform e-dagang Agrobazaar Online bagi memperluas akses pasaran.  Bahagian ini melaksanakan fungsinya melalui Cawangan Pendidikan dan Pembangunan Pemasaran dan Cawangan Agrobazaar Online termasuk pengurusan Institut Latihan FAMA Kota Bharu (ILFKB) sebagai Pusat Bertauliah di bawah Bahagian Pembangunan Kapasiti dan Latihan Pertanian (BPKLP), Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) yang menawarkan Program Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang Sales and Agro-Based Marketing.

 

  1. Cawangan Pendidikan dan Pembangunan Pemasaran
    1. Unit Pentadbiran dan Sekolah Pemasaran
    2. Unit Pengembangan Pendidikan
    3. Unit Latihan Perniagaan dan Pemasaran
    4. Unit Strategik dan Advokasi Pemasaran

 

  1. Cawangan Agrobazaar Online
    1. Unit Operasi Digital
    2. Unit Kepenggunaan