FAMA komited dalam memperkukuh ekosistem pemasaran melalui pembangunan infrastruktur pemasaran kekal dan separa kekal yang moden, selain melaksanakan kerja-kerja naik taraf terhadap infrastruktur sedia ada dengan penyediaan kemudahan asas yang lengkap. Usaha ini turut merangkumi transformasi infrastruktur outlet peruncitan bagi mewujudkan persekitaran pemasaran yang kondusif, sistematik dan berdaya saing menerusi pelaksanaan projek di bawah Bahagian Institusi Pasaran.