1. Memperkukuh pengurusan modal insan yang berintegriti, cekap dan berkesan selaras dengan visi, misi dan hala tuju strategik FAMA.
2. Membangunkan tenaga kerja yang kompeten dan berprestasi tinggi melalui perancangan sumber manusia, pembangunan bakat dan latihan yang berstruktur serta berimpak.
3. Memastikan pematuhan sepenuhnya terhadap dasar, peraturan dan pekeliling perkhidmatan bagi menjamin tadbir urus sumber manusia yang telus dan berakauntabiliti.
4. Memperkasakan budaya kerja berprestasi tinggi dan beretika, berteraskan nilai profesionalisme, integriti dan kerja berpasukan.
5. Menyokong agenda transformasi dan pendigitalan pengurusan sumber manusia bagi meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan dan kepuasan pelanggan dalaman.
6. Menjamin kebajikan serta kesejahteraan warga kerja bagi mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif, harmoni dan produktif.