1. Menyelaras dan memudah cara padanan bekalan antara pengeluar dan pemasar bagi memastikan hasil pertanian mendapat akses pasaran yang berterusan dan terjamin.
     
  2. Memperkukuh rantaian pemasaran hasil pertanian melalui pelaksanaan program dan projek berasaskan pasaran yang terancang, bersepadu dan mampan.
     
  3. Memperluas jaringan kerjasama strategik dengan agensi kerajaan, sektor swasta dan pihak berkepentingan bagi memperkasa ekosistem pemasaran agromakanan.
     
  4. Menyumbang kepada peningkatan pendapatan dan daya saing pengeluar melalui hubungan pasaran yang stabil dan berorientasikan permintaan.