PENGENALAN
Medan Niaga Satok (MNS) adalah projek Usahasama antara Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dengan pihak Kerajaan Negeri Sarawak melalui Kementerian Perumahan Sarawak. Projek ini diilhamkan oleh Menteri Perumahan dan Menteri Pelancongan Sarawak pada tahun 2006 bagi menyediakan sebuah pasar yang berkonsep moden, bersih, teratur dan lengkap dengan sistem pengurusan sisa buangan yang terkini. Medan Niaga Satok (MNS) dibina bertujuan menggantikan Pasar Satok di lokasi Jalan Satok yang makin usang dan tidak lagi sesuai berikutan masalah saliran, persekitaran yang kotor dan kesesakan lalu lintas.

Projek ini dibina di atas lot yang berkeluasan 12.25 ekar beralamat di Lot 13636, Seksyen 65, KTLD, Jalan Matang, Petra Jaya, 93050 Kuching, Sarawak.
Medan Niaga Satok telah memulakan operasinya pada 1 Januari 2013 setelah operasi Pasar Satok di Jalan Satok telah ditutup secara rasminya pada 31 Disember 2012

OBJEKTIF

  • Menyediakan premis tetap kepada peniaga Satok dengan kemudahan-kemudahan yang lebih teratur dan tersusun serta dijadikan pasar utama bagi pengguna mendapatkan keperluan harian mereka.
  • Menyediakan infrastruktur dan saluran pemasaran bagi hasil-hasil pertanian yang diusahakan oleh petani, penternak dan nelayan di Sarawak khususnya di sekitar bahagian Kuching dan Samarahan.
  • Menjadikan Medan Niaga Satok sebagai tarikan utama bagi pelancong dalam dan luar negara untuk mendapatkan produk unik Negeri Sarawak.
  • Melahirkan peniaga-peniaga yang berdisiplin, berhemah dan mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan.
  • Menyediakan peluang pekerjaan serta meningkatkan tahap keusahawanan dan pendapatan kumpulan sasar.
  • Menggalakkan peniaga berniaga dengan konsep peragaan dan pakaian yang seragam agar lebih tersusun, kemas dan menarik.

KONSEP PENGOPERASIAN
Dari segi aspek teknikal, Medan Niaga Satok (MNS) adalah sebuah kompleks pemasaran kekal dengan infrastruktur kemudahan asas yang moden dan hygienic. MNS menempatkan peniaga-peniaga yang berdaftar di premis tetap untuk menjalankan urusniaga di bawah satu bumbung dengan penggunaan peralatan peragaan jualan serta pakaian yang seragam.

SYARAT PERMOHONAN

  • Warganegara Malaysia berumur tidak kurang daripada 18 tahun dan tidak melebihi 70 tahun semasa permohonan 
  • Petani / Pengeluar, peserta-peserta pasar setempat iaitu, Peserta Pasar Tani, Peserta Pasar Malam, Peserta Pasar Minggu, Peserta Pasar Lambak, Peserta Pasar Sehari, Peserta Pasar Tamu, Peserta Pasar “Up Town” (diberi keutamaan)
  • Melengkapkan borang permohonan Medan Niaga Satok dan mengemukakan ke Pejabat FAMA Negeri. 
  • Mematuhi syarat-syarat yang dikenakan sekiranya permohonan diluluskan 
  • Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses.
  • Permohonan daripada orang kurang upaya (OKU) hendaklah disertakan kad pengesahan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

CARA PERMOHONAN 

  • Pemohon hendaklah mengisi borang permohonan Medan Niaga Satok dan mengemukakan permohonan kepada pejabat FAMA Negeri Sarawak
  • Borang permohonan boleh diperolehi dari Pejabat FAMA Negeri dimuat turun dari laman web FAMA di www.fama.gov.my.

LOKASI PROJEK

LOKASI PROJEK MEDAN NIAGA SATOK, SARAWAK

BIL

NEGERI

LOKASI

ALAMAT LOKASI

KOORDINAT LOKASI

1.

SARAWAK

Medan Niaga Satok

Medan Niaga Satok, Lot 13626 Seksyen 65 Ktld, Jalan Matang, 93050 Kuching, Sarawak

1.554953

110.321502