Latar Belakang
info bahagian
- Cawangan Korporat & Advokasi
- Bahagian Audit Dalam
- Unit Integriti
- Unit Undang-Undang
- FAMACORP
- Bahagian Pemasaran Segar & Intervensi
- Bahagian Pasaran Produk Proses
- Bahagian Padanan Bekalan
- Bahagian Institusi Pasaran
- Bahagian Keusahawanan Pemasar
- Bahagian Dasar & Perancangan Strategik
- Risikan & Permodenan Pasaran
- Bahagian Regulasi Pasaran
- Bahagian Galakan Pasaran & Kepenggunaan
- Bahagian Pasaran Antarabangsa
- Bahagian Kewangan
- Bahagian Pentadbiran
- Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
- Bahagian Kejuruteraan
- Bahagian Perkhidmatan Digital
Navigation
bahagian pembangunan inovasi
| LATAR BELAKANG Bahagian Pembangunan Inovasi telah diwujudkan pada 1 September 2020 yang berperanan dalam Pengurusan Pengetahuan dan Inovasi Pemasaran. Pengurusan Pengetahuan ditafsirkan sebagai satu pendekatan yang bersepadu dan sistematik dalam mengenal pasti, memperoleh, mengubah, membangun, menyebar, menggunakan, berkongsi dan mengekalkan pengetahuan untuk mencapai objektif spesifik. Pengurusan pengetahuan membantu organisasi memperoleh pandangan dan pemahaman melalui pengalaman yang dikumpul sendiri. Aktiviti-aktiviti spesifik di dalam pengurusan pengetahuan membantu organisasi mengumpul, menyimpan dan mengguna semula pengetahuan dengan lebih baik pada masa hadapan. Inovasi Pemasaran ialah kaedah mencari jalan untuk menghasilkan produk atau perkhidmatan yang lebih baik sama ada melalui pengubahsuaian atau penambahbaikan. Ia adalah hasil cetusan idea-idea yang kreatif dan inovatif dalam mana-mana aspek kerja yang dapat meningkatkan kualiti dan produktiviti organisasi. Idea-idea ini boleh merangkumi apa-apa perubahan dalam bentuk sistem dan prosedur, kaedah dan cara bekerja mahu pun pengenalan teknologi. |