Karavan Tani

PENGENALAN
Program Karavan Tani diilhamkan oleh YB Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani dan Lembaga  Pemasaran  Pertanian  Persekutuan  (FAMA)  telah dipertanggungjawabkan untuk merangka, merancang dan melaksanakan program ini.

Ia adalah lanjutan daripada Program Karavan Tani yang diperkenalkan oleh FAMA bagi membantu peserta Karavan Tani memasarkan hasil pertanian secara bergerak dan telah memulakan operasi pada Disember 2008.

OBJEKTIF

  • Meluaskan pasaran hasil pertanian dan produk agro makanan secara bergerak.
  • Meningkatkan jumlah pendapatan usahawan.
  • Meningkatkan bilangan usahawan peruncitan.
  • Merangsang ekonomi setempat supaya lebih produktif.

KONSEP

  • Memasarkan hasil pertanian dan produk makanan secara bergerak sama  ada dikendalikan di dalam atau luar trak;
  • Karavan dan perniagaan adalah milik usahawan;
  • Produk yang dijual adalah segar, berkualiti pada harga yang lebih kompetitif;
  • Imej karavan usahawan akan dinaik taraf melalui Geran Bantuan yang ditawarkan mengikut persetujuan FAMA;
  • Usahawan Karavan Tani dibenarkan berniaga samada di tapak-tapak Karavan Tani sedia  ada tertakluk kepada kekosongan/kesesuaian tapak atau lain-lain lokasi yang dibenarkan.