GPL
Peraturan Penggredan, Pembungkusan dan Pelabelan (GPL)

Akta Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan 1965. Peraturan-peraturan lembaga pemasaran pertanian (penggredan, pembungkusan, dan pelabelan keluaran pertanian) 2008.

Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan ("FAMA") telah ditubuhkan oleh Kerajaan Malaysia pada tahun 1965, di bawah Akta Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan 1965 [Akta 141]. Objektif utama penubuhan FAMA adalah menyelia, menyelaras, mengawal dan membangunkan pemasaran hasil di Malaysia, termasuk pengimportan dan pengeksportan hasil.