Gerai Buah-buahan Segar (GBBS)
Gerai Buah-buahan Segar (GBBS)
SYARAT PERMOHONAN
- Usahawan mestilah WARGANEGARA MALAYSIA, berumur tidak kurang 20 tahun dan tidak melebihi 60 tahun
- Telah menjalankan perniagaan sekurang-kurangnya 1 tahun berkaitan buah-buahan, mempunyai lesen perniagaan dan premis yang sah disisi undang-undang atau Surat Pengesahan Tiada Keperluan Lesen Perniagaan (PBT) dari FAMA Negeri/ PFD/ JKKK/ Pihak Yang Berkaitan
- Tapak / premis perniagaan yang dipilih oleh FAMA atau dipohon oleh usahawan perlu menepati syarat-syarat yang ditetapkan. Penilaian tapak GBBS adalah seperti berikut:
- Lokasi yang strategik
- Tidak menggangu lalu lintas pengguna jalan raya
- Mempunyai laluan layby bagi keluar masuk kenderaan
- Memiliki kebenaran daripada pihak yang berwajib
- Usahawan memiliki modal yang mencukupi dengan rekod jualan yang baik (bagi tempoh 3 bulan) semasa permohonan GBBS dibuat:
- Semenanjung Malaysia melebihi RM 10,000.00 rekod jualan
- Negeri Sabah dan Sarawak melebihi RM 7,000.00 rekod jualan
- Lokasi yang strategik
- Komoditi buah-buahan utama yang diurusniagakan mestilah terdiri daripada buah-buahan tempatan. Walaubagaimanapun buah-buahan import, lain-lain produk yang berasaskan pertanian dan Industri Asas Tani dengan syarat tidak melebihi 40%.
CARA PERMOHONAN
- Pemohon hendaklah mengisi borang permohonan Gerai Buah Buahan Segar dan mengemukakan permohonan kepada Pejabat FAMA Negeri atau Daerah berhampiran.
- Borang permohonan boleh diperolehi dari Pejabat FAMA Negeri atau Daerah atau dimuat turun dari laman web FAMA di www.fama.gov.my.
BILANGAN PROJEK GBBS
BIL | NEGERI | BIL USAHAWAN- INDIVIDU | BIL USAHAWAN- MEDAN | LOKASI MEDAN |
1 | Perlis | 7 | 11 | Medan GBBS Ulu Pauh |
2 | Kedah | 25 | 5 | Medan GBBS Changlun |
4 | Medan GBBS Kepala Batas | |||
9 | Medan GBBS Lencong Barat | |||
3 | Pulau Pinang | 14 | 3 | Medan GBBS Dato Kailan |
<4 | Perak | 21 | 3 | Medan GBBS Teluk Intan |
5 | Medan GBBS Selabak | |||
5 | Selangor | 11 |
|
|
6 | W.P. Kuala Lumpur | 4 |
|
|
7 | Negeri Sembilan | 8 |
|
|
8 | Melaka | 14 | 4 | Medan GBBS Simpang Empat |
9 | Johor | 25 |
|
|
10 | Pahang | 15 |
|
|
11 | Terengganu | 14 | 7 | Medan GBBS Marang |
12 | Medan GBBS Chukai Kemaman | |||
12 | Kelantan | 10 |
|
|
13 | Sabah | 12 | 10 | Medan GBBS Tawau |
15 | Medan GBBS Sandakan | |||
14 | Medan GBBS Papar | |||
11 | Medan GBBS Bongawan | |||
14 | Sarawak | 22 | 9 | Medan GBBS Serian |
| Medan GBBS Sibu | |||
JUMLAH USAHAWAN | 202 | 122 | 324 |
Dikemaskini pada 22 Oktober 2020
Pages: 1 2