Gambar

SAMBUTAN FAMA 57 TAHUN PERINGKAT FAMA NEGERI SABAH Pejabat FAMA Negeri Sabah
Sambutan dimulakan dengan penglibatan Dato’ Zainal Abidin Bin Yang Razalli, Ketua Pengarah FAMA bersama-sama kakitangan FAMA Negeri Sabah bergotong royong untuk menyediakan makanan tengahari dengan konsep merewang. Seterusnya, Majlis Bacaan Yassin, Doa Selamat & Simbolik Sambutan 57 Tahun FAMA. Ketua Pengarah FAMA turut menyampaikan sumbangan Kit Kebajikan & sumbangan peribadi daripada beliau kepada 11 orang kakitangan FAMA Negeri Sabah. Ketua Pengarah FAMA turut melancarkan projek Café @ FAMA yang merupakan sebuah projek di bawah Kelab Rekreasi dan Kebajikan FAMA Negeri Sabah dan Koperasi Pemasar Tani Sabah (KOPETAS). Turut hadir, Tuan Haji Ribin Bin Wahid, Pengarah FAMA Negeri Sabah dan Puan Wan Faizatul Aniza Binti Ismayatim, Pengarah Kanan Perancangan Strategik FAMA.