Gambar

Lawatan Yang Di-Pertua Negeri Melaka Ke Segmen Kingdom Of Agrofood MAHA 2026

Segmen Kingdom of Agrofood MAHA 2026 menerima kunjungan Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam dalam rangka lawatan beliau ke MAHA 2026 di MAEPS Serdang.

Sepanjang lawatan, Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam berkesempatan meninjau pelbagai tarikan dan pengisian yang diketengahkan di Segmen Kingdom of Agrofood, termasuk hasil pertanian segar, produk agromakanan tempatan serta inisiatif yang mempromosikan kepelbagaian hasil pertanian negara.

Turut hadir, YBhg. Datuk Wira Dr. Mohd Haniff bin Hassan, Ketua Sekretariat MAHA 2026 merangkap Setiausaha Bahagian Industri Makanan dan Asas Tani (IMAT), Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) dan YBrs. Encik Faisal Iswardi bin Ismail, Ketua Pengarah FAMA.

Kunjungan ini turut memberi peluang untuk melihat dengan lebih dekat usaha memperkukuh promosi hasil pertanian tempatan, memperluas akses pasaran serta meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan sektor agromakanan dalam mendukung agenda keterjaminan makanan negara.