Gambar

KURSUS GALAKAN PELABURAN & PEMASARAN TANAMAN DURIAN pada 29-30 Januari 2022 di ILF Port Dickson - Pada pertengahan 2019 (30hb Mei 2019), General Administration Of Customs China (GACC) telah secara rasminya membenarkan pengimportan durian sejuk beku (frozen whole fruits) dari Malaysia. Kelulusan mengeksport durian dalam bentuk biji (whole fruits) ini telah mencetuskan lonjakan eskport berjumlah 7,700 tan (termasuk isi dan pes) pada tahun tersebut yang bernilai AS$67 juta.

Setiap tahun, China mengimport 300,000 metric tonne durian dan hampir semua berasal dari Thailand. Pasaran durian di China sangat luas, namun kita hanya berjaya mengeksport sedikit sahaja durian dalam bentuk pulpa/pulp dan pes/paste sejuk beku ke China sebelum ini.
 
Sehingga September 2021, sebanyak 20 syarikat telah mendapat kelulusan GACC sebagai fasiliti pemprosesan durian sejuk beku dalam bentuk whole fruits termasuklah dua buah pusat pemprosesan FAMA di Pejabat FAMA Batu Kurau, Perak dan FAMA Jerantut, Pahang

Hari ini berlangsungnya KURSUS GALAKAN PELABURAN & PEMASARAN TANAMAN DURIAN melibatkan hampir 250 orang peserta yang hadir dari seluruh negeri termasuk Sabah dan Sarawak.

Perasmian kursus telah disempurnakan oleh YBhg Dato Hj. Muhamad Mustahapa Awang, Timbalan Ketua Pengarah FAMA (Pembangunan).