Khamis | Mesyuarat Majlis Benih Negera Bil. 2/2026 | Bukit Katil, Melaka
Gambar
YBrs. Encik Faisal Iswardi bin Ismail, Ketua Pengarah FAMA, hari ini menghadiri Mesyuarat Majlis Benih Negara Bil. 2/2026 yang dipengerusikan oleh YB Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, di Bukit Katil, Melaka.
Turut hadir YB Datuk Chan Foong Hin, Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan; YBhg. Datuk Seri Isham bin Ishak, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, serta ketua-ketua jabatan dan agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM).
Mesyuarat ini menjadi platform penting dalam memperkukuh penyelarasan, perancangan dan hala tuju pembangunan industri benih negara, selaras dengan usaha meningkatkan produktiviti sektor pertanian serta memperkukuh agenda keterjaminan makanan negara.
Selesai mesyuarat, delegasi turut mengadakan lawatan ke Ladang Kultur Tisu Pisang di Ayer Molek bagi meninjau aplikasi teknologi kultur tisu dalam penghasilan bahan tanaman yang berkualiti dan seragam, sekali gus berpotensi meningkatkan produktiviti pengeluaran.
Perbincangan dan lawatan teknikal ini diharap dapat terus memperkukuh pembangunan industri benih negara serta menyokong usaha membangunkan sektor pertanian yang moden, berdaya saing dan mampan demi keterjaminan makanan negara.