9 Mac 2026 | Memperkukuh Jaringan Pemasaran Produk Agromakanan Malaysia Di Jepun
Gambar
Dalam usaha memperluaskan pasaran antarabangsa bagi produk pertanian dan agromakanan negara, satu kunjungan hormat telah diadakan ke atas TYT Dato’ Shahril Effendi Abd Ghany, Duta Besar Malaysia ke Jepun, bertempat di Tokyo, Jepun.
Kunjungan ini diketuai oleh YBhg. Dato’ Sri Khairul Dzaimee Bin Daud, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) bersama wakil agensi di bawah kementerian iaitu Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS). Turut hadir mewakili FAMA, YBrs. En. Faisal Iswardi Bin Ismail, Timbalan Ketua Pengarah (Sekuriti Makanan & Operasi).
Pertemuan ini membuka ruang perbincangan strategik berkaitan peluang memperluaskan pemasaran produk pertanian dan agromakanan Malaysia ke pasaran Jepun, bersempena penyertaan Malaysia dalam FOODEX Japan 2026 yang berlangsung di Tokyo.
Melalui kerjasama erat antara agensi kerajaan dan pihak Kedutaan Malaysia di Jepun, usaha ini diharap dapat memperkukuh jaringan pemasaran global, sekali gus membuka lebih banyak peluang eksport kepada usahawan dan pengeluar tempatan untuk menembusi pasaran antarabangsa.