Gambar

9 Mac 2026 | FAMA ikuti Siaran Langsung Amanat YAB Perdana Menteri Bersama Warga KPDN | Ibu Pejabat FAMA

Warga Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) telah mengikuti Siaran Langsung Perjumpaan YAB Perdana Menteri bersama Warga Kementerian sempena Perhimpunan Bulanan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) yang berlangsung pada hari ini bermula jam 8.00 pagi. Program yang diadakan di Dewan Serbaguna Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup di Putrajaya ini menampilkan amanat khas oleh YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri kepada seluruh warga kementerian dan agensi di bawahnya.

Perkongsian yang disampaikan memberi penekanan terhadap komitmen kerajaan dalam memperkukuh ekosistem perdagangan domestik, memastikan kestabilan bekalan serta menangani isu kos sara hidup rakyat secara bersepadu. Amanat tersebut turut menekankan kepentingan kerjasama strategik antara kementerian dan agensi pelaksana bagi memastikan setiap inisiatif kerajaan dapat dilaksanakan secara berkesan demi kesejahteraan rakyat.