Gambar

9 Jun 2024 | Sambutan Karnival Jualan Agro Madani Sempena Majlis Pra Peluncuran MAHA 2024 | MAEPS Serdang, Selangor
Sempena Pra Pelancaran 100 Tahun MAHA, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan telah menganjurkan Karnival Sambutan Setahun Program Jualan Agro MADANI, Road To MAHA Fun Run 2024 dan Mini Rhytym Of The Farmers. 
Aktiviti dimulakan dengan Road To MAHA Fun Run yang telah menarik penyertaan lebih 1,000 peserta dengan jarak larian sejauh lima kilometer di kawasan MAEPS Serdang. 
Turut berlangsung Karnival Sambutan Setahun Program Jualan Agro MADANI yang melibatkan 40 orang usahawan yang menawarkan produk pertanian dan agromakanan, makanan popular, florikultur dan lain-lain dengan harga yang berpatutan.
Melalui Mini Rhytym Of The Farmers, para pengunjung juga turut disajikan dengan persembahan selebriti jemputan dan persembahan kebudayaan. Juga terdapat pertandingan mewarna bagi kanak-kanak dan pertunjukan seni bela diri. 
Majlis pada hari ini telah diluncurkan oleh YBhg. Datuk Lokman Hakim Bin Ali, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan.