Gambar

9 Jun 2023 l Jumaat l 12.00 Tengahari | Kunjungan Hormat YBrs. En Shahlan Bin Kusaseh, Pengarah FAMA Negeri Sembilan, Ke atas Kolonel Mohd Faizor Bin Ismail, Komandan Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA) | Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA) Port Dickson
Kunjungan Hormat YBrs. En Shahlan Bin Kusaseh, Pengarah FAMA Negeri Sembilan, Ke atas Kolonel Mohd Faizor Bin Ismail, Komandan Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA) bagi membincangkan hala tuju dan kerjasama strategik bagi perancangan pelaksanaan Program Jualan Agro Madani di kawasan PUSASDA.
Semoga dengan perbincangan yang diadakan dapat menjayakan hasrat perlaksanaan program Jualan Agro Madani bagi memberi manfaat kepada warga ATM dan penduduk sekitar Port Dickson di samping memperkukuh hubungan baik antara pihak FAMA dan ATM.
Turut hadir En. Abdul Jaffar Bin Abdul Gaffor, Setiausaha Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Port Dickson.