Gambar

9 Januari 2022 | Kampung Gajah | Lawatan kerja oleh YB Dato' Sri Tajuddin Bin Abdul Rahman (Ahli Parlimen Pasir Salak) bersama YB Dato' Haji Mohd Fasiah Bin Haji Mohd Fakeh Pengerusi FAMA ke Program MyRakyat dan Pasar Tani Kekal Kg. Gajah
-Bertempat di Stesen Bas Lama Kg. Gajah.
Program My Rakyat telah membuka peluang pasaran kepada usahawan agromakanan baharu dan sedia ada bagi memasarkan produk hasil pertanian secara terus kepada pengguna tanpa melalui orang tengah sekaligus mengurangkan kos sara hidup rakyat melalui penawaran harga runcit yang berpatutan.
Pasar Tani Kekal Kg. Gajah dapat memberikan pengalaman membeli belah dalam konsep moden dan bersih dengan jaminan keselesaan kepada penjaja dan pengguna. 
PTK Kampung Gajah akan memulakan operasinya pada Mac depan dengan menempatkan 91 unit lot iaitu :
 - 14 unit lot basah, 
 - 70 unit lot kering serta 
 - 7 unit lot medan selera.