9 April 2023 | Ahad | Daerah Tangkak, Johor | Program Jelajah Semarak Ramadan FAMA – Bank Rakyat
Gambar
Program ini merupakan program kerjasama strategik di antara FAMA dan Bank Rakyat yang diadakan setiap tahun pada bulan Ramadan bagi sedikit sebanyak membantu asnaf setempat.
Pengisian program disempurnakan oleh YBrs. Encik Abdul Rashid bin Bahri, Pemangku Ketua Pengarah FAMA dengan penyampaian kit makanan yang mengandungi barangan runcit dan keperluan makanan. Program edaran bubur lambuk kepada pengunjung Pasar Tani Kekal juga diadakan sebagai tanda terima kasih.
Program diteruskan lagi dengan Majlis Penyampaian kit makanan sumbangan Bank Rakyat di Surau Kg. Solok yang turut dihadiri oleh YBrs. Tuan Nor Hisham bin Md Ali, Ketua Bank Rakyat Wilayah Johor. Seramai 10 wakil penerima sumbangan dari Kg. Solok bersama - sama menjayakan program tersebut.
Objektif program ini diadakan adalah memenuhi tanggungjawab sosial kepada masyarakat setempat serta mengeratkan hubungan silaturahim di antara FAMA dan Bank Rakyat dengan usahawan FAMA dan masyarakat setempat dalam melaksanakan perkhidmatan FAMA.