Gambar

8 Oktober 2025 |Sesi Libat Urus Industri Jagung Bijian Negeri Sarawak | Ladang Syarikat Yumegro Berhad, Bintangor, Sarawak
Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) telah menganjurkan Sesi Libat Urus Bersama Pemain Industri Jagung Bijian Negeri Sarawak yang bertujuan mendapatkan input serta pandangan daripada pengeluar berhubung cabaran dan halatuju pembangunan industri jagung bijian negara.
Program ini merupakan salah satu inisiatif di bawah Dasar Pembangunan Industri Jagung Bijian Negara, dengan FAMA bertindak selaku peneraju Jawatankuasa Fokus Pemasaran Industri Jagung Bijian.
Sesi ini menjadi platform penting dalam memperkukuh kolaborasi antara kerajaan dan pihak industri serta mempercepat pelaksanaan agenda keterjaminan makanan negara melalui pengeluaran jagung bijian tempatan.
Turut hadir Encik Faisal Iswardi bin Ismail, Timbalan Ketua Pengarah (Sekuriti Makanan & Operasi) FAMA, Puan Norsalawaty binti Abdul Kadir, Pengarah FAMA Negeri Sarawak dan Puan Aiada binti Abdul Rashid, Pengarah Kanan Pemasaran Segar & Intervensi serta pegawai-pegawai kanan FAMA dari Ibu Pejabat dan Negeri Sarawak.