Gambar

8 November 2025 | Sabtu | Lawatan Tapak Persediaan Karnival Medan Niaga Satok 2025 | Medan Niaga Satok, Kuching, Sarawak

Satu lawatan tapak telah diadakan di Medan Niaga Satok, Kuching, Sarawak sebagai persediaan awal penganjuran Karnival Medan Niaga Satok 2025. 

Lawatan ini diketuai oleh YBrs. Encik Faisal Iswardi bin Ismail, Timbalan Ketua Pengarah (Sekuriti Makanan & Operasi) FAMA. Turut sama hadir, YBrs. Puan Wan Nora binti Wan Ahmad; YBrs. Puan Norsalawaty binti Abdul Kadir selaku Pengarah FAMA Negeri Sarawak; YBrs. Encik Shahrizan bin Mansor, Pengarah Bahagian Institusi Pasaran; Encik Muhammad Nor Badlishah bin Ahmad Shahrin, Pengarah Cawangan Korporat & Advokasi; serta Puan Siti Rafiza binti Nawawi, Pengarah Galakan Pasaran & Kepenggunaan. 

Lawatan ini memberi fokus kepada penilaian susun atur tapak, keperluan fasiliti dan kemudahan untuk peniaga dan pengunjung bagi memastikan kelancaran penganjuran karnival yang dijadualkan berlangsung pada 28 hingga 30 November 2025. 

Karnival Medan Niaga Satok 2025 bakal menawarkan pelbagai jualan menarik termasuk Jualan IMAT, Jualan Agro Madani, Jualan Ayam Segar dan pelbagai lagi tawaran berimpak bagi memberi manfaat kepada pengguna serta membuka peluang pasaran lebih luas kepada usahawan tempatan.