Gambar

8 Mei 2025 | Khamis | MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG & JASAMU DIKENANG TAHUN 2025 | UTM Hotel & Residence , Kuala Lumpur
Setinggi-tinggi tahniah kepada 358 penerima anugerah yang merangkumi Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (208 penerima), Anugerah Khidmat Setia (116 penerima), Anugerah Khas (3 penerima), serta penghargaan kepada 31 bakal pesara. Penerima terdiri daripada wakil-wakil Ibu Pejabat dan 13 negeri seluruh Malaysia, termasuk Sabah dan Sarawak.
Majlis ini bukan sekadar satu bentuk penghargaan, malah menjadi medan motivasi kepada semua warga FAMA agar terus berusaha memberikan yang terbaik dalam menjalankan amanah dan tanggungjawab.
Majlis telah disempurnakan oleh YB Datuk Arthur Joseph Kurup, Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan. Turut hadir, YBrs. Tuan Haji Aminuddin Bin Zulkipli, Pengerusi FAMA dan YBrs. Encik Abdul Rashid Bin Bahri, Ketua Pengarah FAMA.