7 November 2025 | Jumaat | Lawatan Kerja Timbalan Ketua Pengarah (Sekuriti Makanan & Operasi) FAMA Ke Leaves Food Industries | Kuching, Sarawak
Gambar
Delegasi FAMA yang diketuai oleh Timbalan Ketua Pengarah (Sekuriti Makanan & Operasi), YBrs. Encik Faisal Iswardi bin Ismail, telah mengadakan lawatan kerja ke Leaves Food Industries Sdn. Bhd telah disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif Leaves Food Industries Sdn. Bhd., Encik Alan Chai Ming Lun. Turut serta dalam sesi ini ialah Pengarah Kanan Bahagian Pasaran Produk Proses, YBrs. Puan Wan Nora binti Wan Ahmad dan Pengarah FAMA Negeri Sarawak, YBrs. Puan Norsalawaty binti Abdul Kadir.
Pertemuan ini membuka ruang kerjasama strategik , termasuk peluang untuk membawa jenama Leaves ke platform yang lebih besar seperti menyertai MAHA tahun hadapan, sebagai langkah meningkatkan visibiliti dan daya saing produk berasaskan agro makanan Sarawak di peringkat nasional.
FAMA komited membantu penggiat industri tempatan memecah sempadan pasaran dan lawatan ini mengukuhkan lagi usaha tersebut.