Gambar

7 November 2021 l Ahad l Kuantan, Pahang - Pemasasaran Rentas Negeri - Memang tidak dinafikan ketika ini ramai ushawan yang terkesan akibat sekatan pergerakan Covid 19. Namun begitu FAMA Negeri Pahang terus pergiatkan usaha untuk membantu pasaran produk usahawan.
Dengan pembukaan dan kelonggaran yang diumumkan oleh pihak kerajaan, aktiviti ekonomi mula bergerak naik. Kali ini FAMA memperkenalkan program Pemasaran Rentas Negeri di Pasar Tani. Program ini mempromosikan produk usahawan Pahang ke negeri lain, begitu juga kita bawa masuk usahawan negeri lain ke Pahang.
YB. Dato' Abd Rahim Muda, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Pahang berkata, program ini sangat baik dan kreatif. Ia bukan sahaja membuka ruang pasaran baru ke negeri-negeri lain malah boleh memperkenalkan negeri itu sendiri. Beliau berkata ketika majlis lawatan ke tapak Pasar Tani UTC, Kuantan sempena Majlis Sambutan Ulangtahun FAMA ke 56 di sini.
Pada hari ini, FAMA Pahang menerima 2 usahawan dari Melaka yang mempromosikan produk Industri Makanan Negeri Melaka. Ketika ditemui, usahawan ini berasa sangat gembira dengan sambutan di Kuantan ini dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada kedua pihak FAMA Negeri yang menyelaras program. 
Turut hadir sama di majlis ini adalah YM. Tengku Dato' Nor Asmaliza bt. Ku Lah, Pegawai Daerah Kuantan dan Pengarah FAMA Negeri Pahang, En. Saiful bin Sadri