7 Mac 2025 | Majlis Pasar Tani Ramadan FAMA Peringkat Negri Sabah | Kota Kinabalu
Majlis Pelancaran Pasar Tani Ramadan FAMA Peringkat Negeri Sabah telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Arthur Joseph Kurup, Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, bertempat di Tapak Pasar Tani Asia City, Kota Kinabalu. YB Datuk Arthur Joseph Kurup telah meluangkan masa melawat gerai usahawan dan turut mengagihkan bubur lambuk kepada pengunjung Pasar Tani Ramadan Asia City. Pasar Tani Ramadan FAMA diadakan di dua (2) lokasi utama iaitu Pasar Tani Ramadan Asia City, Kota Kinabalu yang menempatkan 95 peniaga dan Pasar Tani Ramadan Puterajaya, Telipok yang menempatkan 8 peniaga. Pasar Tani Ramadan ini beroperasi setiap hari bermula dari jam 2.00 petang hingga 7.00 malam. Turut hadir, YBrs. Encik Sarman bin Sidno, Pengarah FAMA Negeri Sabah dan W. P. Labuan, Puan Rumaizah binti Ajmain, Penolong Setiausaha (Pentadbiran), Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah, dan Encik Rozie Khan bin Halik, Pengarah Jabatan Pelesenan, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK).
Last Update:
Aplikasi Jumlah Pelawat ini hanya dipaparkan untuk Pengurus Laman bagi tujuan mengubah configurasi.