7 Jun 2024 | Lawatan daripada Delegasi PUSPANITA FAMA | Pejabat FAMA Negeri Perlis
Lawatan yang melibatkan seramai 30 orang ahlinya dari seluruh negeri tiba di Pejabat FAMA Negeri Perlis pada jam 5.30 pagi. Ketibaan YBrs.Puan Salina binti Nawi bersama delegasi disambut oleh En Mohd Anzara bin Azizan, Pengarah FAMA negeri Perlis yang turut menyampaikan taklimat berkaitan perkhidmatan FAMA di Negeri Perlis. Turut diadakan Kempen Lebihkan Makan Buah-Buahan Tempatan melibatkan produk berasaskan Harumanis yang dihasilkan oleh usahawan FAMA seperi Jus Harumanis, Marmalade Harumanis, Tart Harumanis dan Kek Harumanis. Lawatan ini juga disertai oleh YBrs Hajjah Puan Rosilawati binti Abu Hassan, Timbalan Ketua Pengarah (Khidmat Pengurusan) FAMA merangkap Timbalan Pengerusi 1 PUSPANITA FAMA,YBrs Puan Norhanizah binti Mohd Ghozali, Timbalan PengerusI II PUSPANITA FAMA. Hadir sama YBrs Puan Aiada binti Abdul Rashid, Pengarah FAMA negeri Selangor dan YBrs Puan Asmizal binti Jaafar, Pengarah Kanan Regulatori FAMA.7 Jun 2024 | FAMA Negeri Perlis telah menerima lawatan daripada Delegasi PUSPANITA FAMA yang diketuai oleh YBrs. Puan Salina binti Nawi, Pengerusi PUSPANITA FAMA. Lawatan yang melibatkan seramai 30 orang ahlinya dari seluruh negeri tiba di Pejabat FAMA Negeri Perlis pada jam 5.30 pagi. Ketibaan YBrs.Puan Salina binti Nawi bersama delegasi disambut oleh En Mohd Anzara bin Azizan, Pengarah FAMA negeri Perlis yang turut menyampaikan taklimat berkaitan perkhidmatan FAMA di Negeri Perlis. Turut diadakan Kempen Lebihkan Makan Buah-Buahan Tempatan melibatkan produk berasaskan Harumanis yang dihasilkan oleh usahawan FAMA seperi Jus Harumanis, Marmalade Harumanis, Tart Harumanis dan Kek Harumanis. Lawatan ini juga disertai oleh YBrs Hajjah Puan Rosilawati binti Abu Hassan, Timbalan Ketua Pengarah (Khidmat Pengurusan) FAMA merangkap Timbalan Pengerusi 1 PUSPANITA FAMA,YBrs Puan Norhanizah binti Mohd Ghozali, Timbalan PengerusI II PUSPANITA FAMA. Hadir sama YBrs Puan Aiada binti Abdul Rashid, Pengarah FAMA negeri Selangor dan YBrs Puan Asmizal binti Jaafar, Pengarah Kanan Regulatori FAMA.
Last Update:
Aplikasi Jumlah Pelawat ini hanya dipaparkan untuk Pengurus Laman bagi tujuan mengubah configurasi.