Gambar

7 Januari 2025 | Aktiviti Senamrobik Sempena Konvensyen FAMA 2025 (Hari Ketiga) | Institut Latihan FAMA, Port Dickson, Negeri Sembilan
Para peserta Konvensyen FAMA 2025 memulakan dengan penuh semangat melalui aktiviti senamrobik yang diadakan di perkarangan Institut Latihan FAMA, Port Dickson. Aktiviti ini bukan sahaja bertujuan untuk menyemarakkan semangat kesihatan dan kecergasan, tetapi juga untuk mengeratkan hubungan sesama peserta.
Dengan tema “Stay Fit, FAMA Malaysia”, senamrobik ini menampilkan pelbagai pergerakan dinamik yang diiringi muzik ceria, mencipta suasana yang penuh energi. Keaktifan peserta mencerminkan komitmen mereka dalam menerapkan gaya hidup sihat, sejajar dengan nilai integriti dan inklusiviti yang menjadi asas kejayaan FAMA.
Kehadiran pegawai dan kakitangan dari pelbagai peringkat menjadikan aktiviti ini sebagai platform untuk berinteraksi secara santai, sekaligus membina kekuatan pasukan dalam organisasi.