Gambar

7 Febuari 2021 | Ahad | Shah Alam | Program Flag Off Misi Bantuan Bencana Banjir Usahawan FAMA Negeri Selangor oleh Yang Berbahagia Dato' Zainal Abidin Bin Yang Razalli, Ketua Pengarah FAMA . Program yang dijenamakan dengan nama Sumbangan Misi Bantuan Bencana Banjir merupakan salah satu daripada projek yang dicadangkan oleh jawatankuasa Pasar Tani Negeri Selangor untuk membuat kutipan sumbangan bagi mengurangkan bebanan serta menceriakan penerima sumbangan yang terdiri daripada mangsa banjir. . Bermula daripada 10 Januari hingga 6 Febuari 2021, jumlah kutipan terkumpul dianggarkan sebanyak RM30 ribu telah berjaya dikumpul di 44 lokasi Pasar Tani seluruh Selangor. . Hasil kutipan sumbangan ini, jawatankuasa Pasar Tani Selangor telah membeli barangan keperluan asas dan diri bagi disalurkan kepada mangsa banjir di Kg. Paya Kechik Batu 4, Jalan Mentakab, Temerloh. . Turut hadir pada program ini YBrs. Encik Abdul Rashid Bin Bahri, Pengarah FAMA Negeri Selangor serta YBrs. Encik Zul Bin Ahmad, Pengerusi Pasar Tani Negeri Selangor.