Gambar

7 April 2026 | Sesi Kunjungan Hormat Koperasi Jaringan Muamalat Integriti Selangor Berhad (KOJAMIN) Ke Atas FAMA | FAMA Point, Selayang

Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) telah menerima kunjungan hormat daripada Koperasi Jaringan Muamalat Integriti Selangor Berhad (KOJAMIN) dalam satu sesi libat urus strategik yang bertujuan meneroka potensi kerjasama antara kedua-dua pihak.

Kunjungan tersebut telah disambut oleh YBrs. Tuan Haji Aminuddin bin Zulkipli, Pengerusi FAMA.

Sesi ini menjadi platform perbincangan dalam memperhalusi cadangan kerjasama yang memberi tumpuan kepada pengukuhan rantaian pemasaran hasil pertanian, peningkatan kecekapan sistem logistik dan pengedaran, serta peluasan akses pasaran melalui pendekatan yang lebih strategik dan bersepadu.

FAMA sentiasa komited untuk memperkukuh jaringan kerjasama strategik bersama pelbagai pihak berkepentingan termasuk koperasi dan pemain industri, selaras dengan usaha memperkasa ekosistem pemasaran agromakanan negara secara mampan dan inklusif.

Usaha ini diyakini mampu memberi manfaat menyeluruh kepada petani, usahawan serta rakyat, dalam memastikan keterjaminan makanan negara terus diperkukuh.