7 April 2026 | Kopiesatu : Cita Rasa Lokal, Kualiti Global | Studio Utama, Wisma Berita, Angkasapuri, Kuala Lumpur
Gambar
7 April 2026 | Kopiesatu : Cita Rasa Lokal, Kualiti Global | Studio Utama, Wisma Berita, Angkasapuri, Kuala Lumpur
Perkongsian menerusi program Selamat Pagi Malaysia (SPM) di RTM TV1 serta siaran radio Nasional FM mengetengahkan inisiatif FAMA dalam memperkasa pembangunan usahawan melalui jenama kopi tempatan Kopiesatu.
Kisah inspirasi usahawan, Encik Mohd Ehsan bin Nordin turut dikongsikan sebagai contoh kejayaan dalam memanfaatkan platform pelesenan FAMA yang menyediakan sokongan latihan, operasi dan promosi secara berterusan. Kopiesatu yang diusahakan beliau di Dataran Senawang menjadi bukti keupayaan usahawan tempatan membangunkan produk berkualiti dan berdaya saing.
Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan FAMA dalam memperluas akses pasaran serta memperkukuh keterjaminan makanan negara.