Gambar

7 April 2025 | Isnin | Malaysia Open House Exhibition@Asean 2025 | Kuala Lumpur Convention Centre
Bersempena dengan Mesyuarat Menteri-menteri Kewangan dan Gabenor-gabenor ASEAN, Kementerian Kewangan bersama Bank Negara Malaysia menganjurkan Pameran Malaysia Open House @ ASEAN 2025 di Kuala Lumpur Convention Centre, bermula 7 hingga 10 April 2025. 
Pameran yang dibuka secara percuma kepada orang ramai ini menampilkan 30 reruai dalam tiga zon utama iaitu Zon Kebudayaan, Zon Kewangan dan Ekonomi serta Zon Belia. Secara keseluruhanan, zon-zon ini bertujuan untuk menarik minat pengunjung dari segenap lapisan masyarakat termasuk kalangan usahawan mikro, belia, orang awam dan pelancong dalam dan luar negara.
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan melalui Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) telah mengambil inisiatif memperkenalkan penjenamaan Malaysia’s Best sempena acara Open House Exhibition @ ASEAN 2025. Penjenamaan ini bertujuan untuk mengetengahkan serta mengiktiraf hasil keluaran pertanian tempatan yang berkualiti tinggi, selamat dan mematuhi piawaian yang ditetapkan bagi pasaran domestik dan antarabangsa.
Sebagai usaha memperkukuh penjenamaan ini, FAMA turut menganjurkan showcase dan promosi buah-buahan tempatan di bawah jenama Malaysia’s Best  sepanjang acara Open House Exhibition @ ASEAN 2025. Inisiatif ini bertujuan menarik perhatian pengunjung serta memperluas jangkauan pasaran bagi produk produk penjenamaan Malaysia's Best  ke peringkat serantau dan global.
YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan II turut berkesempatan melawat showcase Malaysia's Best dan telah sudi mendengar taklimat ringkas mengenai penjenamaan ini oleh Pengarah Kanan Regulasi Pasaran FAMA, Pn. Asmizal bt Jaafar.