Gambar

6 Ogos 2023 | Kempen Lebihkan Makan Buah-Buahan Tempatan di Peringkat Sekolah Negeri Kedah 2023 | SK Wan Sulaiman Sidiq, Alor Setar , Kedah
Kempen Lebihkan Makan Buah-buahan Tempatan telah menjadi  agenda tahunan FAMA. 
Ianya bertujuan bagi meningkatkan kesedaran pelajar sekolah dan generasi muda tentang kepentingan pengambilan buah-buahan tempatan yang telah diketahui mempunyai nilai khasiat pemakanan yang tinggi.
Program ini telah disempurnakan oleh Tuan Haji Aminuddin bin Zulkipli, Pengerusi FAMA.
FAMA mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada SK Wan Sulaiman Sidiq, Alor Setar, Kedah dan wargakerjanya kerana menyediakan tempat kepada FAMA untuk program ini dan menjayakan Program Kempen Lebihkan Makan Buah-buahan Tempatan Peringkat Sekolah Negeri Kedah bersama-sama para pelajar pada hari ini.