Gambar

6 November 2021 | Perasmian Klinik Usahawan Agro Negeri Perlis oleh YBhg. Dato’ Haslina Binti Abdul Hamid, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian Dan Industri Makanan pada 6 November 2021 di Dewan Serbaguna UNIMAP Kubang Gajah, Arau, Perlis.
Klinik Usahawan Agro dianjurkan oleh Bahagian Industri Makanan Dan Asas Tani Kementerian Pertanian Dan Industri Makanan bertujuan untuk menggalakkan penglibatan  golongan mahasiswa dan belia dalam bidang keusahawanan disamping memberi pendedahan dan mempromosi inisiatif-inisiatif perkhidmatan MAFI dan agensi.
Seramai 150 orang usahawan muda bimbingan agensi- agensi di bawah MAFI menyertai klinik ini.Turut diadakan ialah penyampaian Geran Agroprenuer Muda  kepada 39 orang usahawan Agroprenuer Muda Negeri Perlis di bawah bimbingan agensi- agensi Kementerian Pertanian dan Industri Makanan. Daripada jumlah tersebut, 3 orang usahawan bimbingan FAMA telah menerima geran bernilai RM 60,000.00. 
Turut hadir dalam perasmian klinik itu ialah YBhg. Dato’ Zainal Abidin Bin Yang Razalli, Ketua Pengarah FAMA.