Gambar

6 Mac 2025 | Khamis | Kunjungan Hormat Pengurusan Tertinggi FAMA Kepada Tuan Yang Terutama Tun Dato' Seri Utama Ahmad Fuzi Bin Haji Abdul Razak | Seri Mutiara, Georgetown
Pengerusi FAMA, Tuan Haji Aminuddin bin Zulkipli telah mengadakan kunjungan hormat ke atas TYT Tun Dato’ Seri Utama Ahmad Fuzi bin Haji Abdul Razak, Yang Di Pertua Negeri Pulau Pinang di Seri Mutiara, Georgetown.
Kunjungan hormat ini adalah bertujuan untuk memaklumkan program-program serta aktiviti FAMA yang telah dan akan dilaksanakan dalam meningkatkan lagi kerjasama dua hala serta persefahaman di antara Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dengan pihak Kerajaan Negeri.
Kunjungan Hormat ini turut dihadiri oleh Dr. Mohamad Sofee bin Razak, Ahli Lembaga Pengarah FAMA, Encik Faisal Iswardi bin Ismail, Timbalan Ketua Pengarah FAMA (Pembangunan Industri Agromakanan) dan Encik Mohd Hafiz bin Nurulhuda, Pengarah FAMA Negeri Pulau Pinang.
Semoga kunjungan ini dapat mengeratkan kerjasama FAMA dan Kerajaan Negeri dalam memberi perkhidmatan kepada masyarakat Negeri Pulau Pinang.