6 Januari 2025 | Majlis Perasmian Konvensyen FAMA 2025 | Institut Latihan FAMA, Port Dickson, Negeri Sembilan
Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) hari ini menganjurkan Konvensyen FAMA Tahun 2025 yang telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk Seri Isham bin Ishak, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM). Seramai 300 hadirin yang terdiri daripada Pengurusan Tertinggi, Ahli Lembaga Pengarah dan Pengurusan Kanan di peringkat Ibu Pejabat, Pengarah FAMA Negeri, Timbalan Pengarah FAMA Negeri serta Pegawai FAMA Daerah dan kakitangan dari seluruh negara yang berhimpun selama empat hari mulai 5 sehingga 8 Januari 2025 di Institut Latihan FAMA, Port Dickson. Konvensyen pada kali ini diadakan bagi memastikan perancangan FAMA untuk tahun 2025 dapat dilaksanakan secara terancang dan berkesan melalui penglibatan pegawai sehingga ke peringkat daerah. Selain itu, konvensyen ini juga bertujuan menyemak pelaksanaan, memahami perkara-perkara penambahbaikan serta penyediaan output/outcome projek/program RMK-12. Ianya juga bagi membincang dan berkongsi input berkaitan, strategi, isu dan cadangan pelaksanaan berlandaskan tema Rancangan Malaysia (RMK-13) FAMA iaitu Pengukuhan Pemasaran ke Arah Menjamin Kedaulatan Makanan. Kelainan dari segi konsep penyampaian turut ditonjolkan pada konvensyen kali ini menfokuskan kepada hala tuju RMK-13 FAMA secara sesi perbincangan terhadap simulasi perlaksanaan. Resolusi strategi juga akan turut dibentangkan sebagai panduan penyediaan dokumentasi RMK-13 kelak. Konsep ini dipilih untuk memastikan keberkesanan penyampaian agar mudah difahami dipelbagai peringkat pelaksanaan. YBhg. Datuk Seri Isham bin Ishak, Ketua Setiausaha KPKM turut menyampaikan anugerah sebagai tanda pengiktirafan pencapaian FAMA Negeri sepanjang tahun 2024. Sebanyak lima (5) anugerah telah disampaikan iaitu Anugerah Tadbir Urus FAMA Negeri Terbaik 2024 telah dimenangi oleh FAMA Negeri Perak, Anugerah Operasi FAMA Negeri Terbaik 2024 telah dimenangi oleh FAMA Negeri Kedah, Anugerah Pembangunan FAMA Negeri Terbaik 2024 telah dimenangi oleh FAMA Negeri Pulau Pinang, Anugerah Keseluruhan FAMA Negeri Terbaik 2024 telah dimenangi oleh FAMA Negeri Kedah & Anugerah Khas 2024 telah dimenangi oleh FAMA Negeri Sabah. Turut hadir YBrs. Tuan Haji Aminuddin Bin Zulkipli, Pengerusi FAMA dan YBrs. Encik Abdul Rashid Bin Bahri, Ketua Pengarah FAMA.
Last Update:
Aplikasi Jumlah Pelawat ini hanya dipaparkan untuk Pengurus Laman bagi tujuan mengubah configurasi.