6 Disember 2025 (Sabtu) | Program Transformasi Minda (PTM) FAMA 2025
Gambar
Dalam sesi Aspirasi Ahli Lembaga, YBrs. Tuan Haji Aminuddin menegaskan keperluan pegawai FAMA untuk berfikir secara proaktif, berani melakukan perubahan, serta mengutamakan inovasi dalam penyampaian perkhidmatan. Beliau turut menekankan bahawa integriti, akauntabiliti dan kerja berpasukan merupakan tunjang dalam memperkukuh rantaian nilai agromakanan dan memastikan sekuriti makanan negara berada pada tahap terbaik.
Komitmen yang ditunjukkan oleh para peserta PTM 2025 mencerminkan keyakinan bahawa FAMA berada pada landasan yang kukuh untuk memenuhi aspirasi organisasi serta menyumbang kepada kemajuan negara.