Gambar

5 Oktober 2022 | Rabu | 11.30 Pagi | Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Sendayan, Seremban | Sesi Dialog Program Rakan Pemasar Kontrak Pemasar (RPKP)
Sesi Dialog Program Rakan Pemasar Kontrak Pemasar (RPKP) telah diadakan pada pagi ini di antara Puan Zainah Binti Yaakub RPKP Negeri Sembilan dan Encik Yogesh, RPKP Negeri Melaka berkaitan cadangan awal memperkenalkan kaedah pemasaran hasil sayur- sayuran berdaun menggunakan vending machine. 
Turut dibincangkan pembekalan sayur- sayuran berdaun dari Negeri Sembilan ke outlet pemasaran RPKP di Negeri Melaka. 
Turut hadir, YBrs. Encik Abd Rahman bin Mahmood, Pengarah Kanan Pembangunan Kontrak Pemasaran, Ibu Pejabat FAMA dalam sesi dialog yang telah diadakan pada hari ini.