Gambar

5 November 2021 | Jumaat | 10.00pagi | RTC FAMA Kelantan | Program My Best Buy @ RTC FAMA Kelantan | Program My Best Buy (MBB) ini adalah salah satu inisiatif pihak Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) dengan kerjasama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) untuk membantu rakyat menangani peningkatan kos sara hidup melalui penjualan pelbagai produk pertanian dan industri makanan pada harga istimewa.
Pelbagai acara menarik juga telah disusun sehingga 7 November 2021 bagi memeriahkan lagi program ini seperti edaran bubur jagung, pertandingan mewarna buah-buahan tempatan dan jualan harga istimewa.
Program pada hari ini telah disempurnakan oleh YB Haji Tuan Mohd Saripudin Bin Tuan Ismail, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi, Teknologi Hijau Dan Alam Sekitar. Turut hadir Puan Wan Nora Binti Wan Ahmad, Pengarah FAMA Negeri Kelantan.