5 Mei 2026 | Perkasa Keupayaan Komunikasi Pemasaran Global FAMA | Ibu Pejabat FAMA
Gambar
FAMA terus memperkukuh keupayaan komunikasi pemasaran global melalui pelaksanaan simulasi Bahasa Arab yang memfokuskan kepada promosi produk agromakanan tempatan.
Dalam sesi ini, pegawai dan kakitangan FAMA melaksanakan latihan praktikal melalui simulasi promosi produk AGROMAS dan Kopie Satu dalam Bahasa Arab, sebagai usaha meningkatkan keyakinan serta kecekapan berkomunikasi dalam pasaran antarabangsa.
Pendekatan berasaskan simulasi ini memberi penekanan kepada penggunaan bahasa secara persuasif dan profesional, selaras dengan keperluan semasa dalam memperluas capaian pasaran global serta memperkukuh daya saing produk tempatan.
Turut sama YBrs. Tuan Haji Aminuddin bin Zulkipli, Pengerusi FAMA, bersama pegawai dan kakitangan bagi menyokong inisiatif ini yang mencerminkan komitmen berterusan FAMA dalam memperkasa kebolehpasaran produk agromakanan negara di peringkat antarabangsa.