Gambar

5 Mac 2025 | Rabu | Tuaian Kangkung Projek Aquaponik Di Ibu Pejabat FAMA | Ibu Pejabat FAMA
Projek tanaman aquaponik yang dimulakan di Ibu Pejabat FAMA telah mencapai satu lagi kejayaan dengan hasil tuaian sebanyak 20kg kangkung segar! Kangkung ini ditanam menggunakan kaedah 100% organik, di mana hasil buangan ikan (tahi ikan) dijadikan baja semula jadi bagi memastikan pertumbuhan yang lebih segar dan berkualiti melalui sistem aquaponik yang cekap.
Turut hadir dalam sesi tuaian ini ialah YBrs. Encik Abdul Rashid Bin Bahri, Ketua Pengarah FAMA, yang meluangkan masa untuk bersama-sama menuai hasil tanaman. Beliau diiringi oleh YBrs. Encik Shahrizan Bin Sudiman, Timbalan Ketua Pengarah (Sekuriti Makanan & Operasi) serta Cik Zuriana Mat Adam, Pengarah Kanan, Bahagian Padanan Bekalan FAMA.
Projek ini bukan sahaja mempromosikan pertanian lestari, malah menggalakkan penggunaan sumber semula jadi untuk menghasilkan sayuran yang lebih sihat, selamat dan berkualiti. Kejayaan tuaian pertama ini membuktikan bahawa aquaponik mampu menjadi kaedah penanaman mampan dalam memastikan bekalan makanan yang berkualiti tinggi.