5 Januari 2024 | Konvensyen FAMA 2025 (Hari Pertama) | Institut Latihan FAMA, Port Dickson, Negeri Sembilan
Konvensyen FAMA Tahun 2025 ini akan berlangsung bermula pada 5 hingga 8 Januari 2025 (4 hari 3 malam) di Institut Latihan FAMA Port Dickson (ILFPD), Negeri Sembilan. Tema umum Konvensyen FAMA 2025 ialah Integriti & Inklusiviti: Pemacu Kejayaan yang membawa maksud kepada dua elemen penting yang saling melengkapi dan menyumbang kepada kecemerlangan organisasi. Konvensyen ini merupakan aktiviti tahunan yang melibatkan Pengurusan Tertinggi FAMA di peringkat Ibu Pejabat, Pengarah FAMA Negeri, Timbalan Pengarah FAMA Negeri dan Ketua Unit Perancangan Strategik Negeri dan pegawai FAMA daerah di seluruh Malaysia. Pendekatan konvensyen dipilih seiring dengan definisi persidangan atau perjumpaan pegawai-pegawai untuk membincangkan sesuatu perkara di samping penglibatan bilangan peserta yang lebih ramai. Pada Konvensyen FAMA Tahun 2025, penglibatan peserta juga menyeluruh sehingga ke peringkat FAMA daerah di seluruh Malaysia. Hari Pertama Konvensyen FAMA 2025 dimulakan dengan aktiviti Program Kerohanian di Dewan Rafflesia dengan pengisian Solat Fardhu Isyak berjemaah serta Bacaan Yassin & Tahlil. Aktiviti diteruskan dengan Ceramah: “Love Your Job, Love Your Life, You Happy, I Happy” yang disampaikan oleh En. Amin bin Idris (Bro Amin).
Last Update:
Aplikasi Jumlah Pelawat ini hanya dipaparkan untuk Pengurus Laman bagi tujuan mengubah configurasi.