Gambar

5 Disember 2022 | 8.30 pagi | Institut Latihan FAMA, Port Dickson, Negeri Sembilan | Majlis Pemakaian Pangkat & Penyerahan Watikah Pelantikan Pegawai Bersekutu Angkatan Pertahanan Awam (APM) Sempena Perasmian Bengkel Gerak Kerja SKT FAMA Tahun 2023

Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Federal Agricultural Marketing Authority atau FAMA) dalam rangka kerjasama strategik bersama pihak Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) telah menubuhkan CDERT FAMA pada November 2021.

Sehingga kini seramai 1,135 kakitangan FAMA telah menganggotai CDERT FAMA dimana angka tersebut telah melepasi sasaran yang telah ditetapkan sehingga awal tahun 2023 iaitu 1,000 orang.

Melangkah kehadapan, FAMA berharap sekurang-kurangnya 30% anggota CDERT FAMA akan dapat menyertai sukarelawan APM ketika misi bencana berlaku.

Terdahulu Datuk Zainal Abidin bin Yang Razalli turut menyempurnakan pemakaian pangkat kepada 12 orang kakitangan FAMA pada Majlis Pemakaian Pangkat & Penyerahan Watikah Pelantikan Pegawai Bersekutu Angkatan Pertahanan Awam (APM) Sempena Perasmian Bengkel Gerak Kerja SKT FAMA Tahun 2023 yang telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Haji Mohd Fasiah Bin Haji Mohd Fakeh, Pengerusi FAMA.

Turut hadir, YS Leftenan Kolonel (PA) Mohd Nazri Bin Mes Kam, Pengarah Pertahanan Awam Negeri Sembilan.