Gambar

4 Oktober 2022 | Selasa | Politeknik Ungku Omar (PUO) | Program NBME
Berlangsungnya Program NBME @Politeknik Ungku Omar (PUO) yang telah dirasmikan oleh YB Dato’ Mohamad Mustahapa Awang, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) FAMA. 
Turut hadir bersama Y. Bhg. Ts.Dr.Izwah Binti Ismail, Timbalan Pengarah (Akademik) Menanggung Kerja Pengarah PUO dan Y. Bhg. Tn.Haji Noorsham Bin Ramly Pengarah FAMA Negeri Perak. 
NBME merupakan program yang menggunapakai konsep reseller / dropship agent dan menggunakan portal Agrobazaar Online sebagai platform utama. Program ini juga melibatkan kerjasama antara pihak FAMA dan juga pihak Institut Pengajian Tinggi Awam atau Swasta (IPTA / IPTS) yang berminat. Ia dirangka untuk memberi pendedahan kepada golongan muda yang kekurangan pengalaman dan modal untuk menceburi perniagaan atas talian dan menjalankan pemasaran secara online.