Gambar

4 Okt 2021 (Ahad) 5.00 petang | Penyerahan Bantuan Peralatan Geran Agropreneur Muda kepada Usahawan Hizarah Enterprise Kampung Belak, Mukim Kedawang, Langkawi. Majlis ringkas tersebut telah disempurnakan oleh YBrs Pengarah FAMA Negeri Kedah, Tuan Haji Isa Bin Haji Hamzah.
Info: Agropreneur Muda berperanan dalam  menggalakkan golongan muda yang berumur 18 tahun hingga 40 tahun dalam bidang keusahawan Agro berasaskan semua aktiviti sektor pertanian seperti pengeluaran tanaman dan industri makanan, penyediaan perkhidmatan sokongan & input pertanian serta Agro Pelancongan.  
Seramai 128 usahawan terlibat dalam program Agropreneur Muda dengan keseluruhan jumlah bantuan yg diberikan sebanyak RM1,614,578.00 yang terdiri daripada bantuan pembiayaan mikrokredit dan pemberian geran dalam bentuk peralatan.