4 Ogos 2026 | Sesi Taklimat Fungsi Dan Peranan FAMA | Bilik Mesyuarat Bunga Tanjung, FAMA Point
Gambar
Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) telah mengadakan Sesi Taklimat Fungsi dan Peranan FAMA kepada YBrs. Tuan Haji Abang Ahmad Kerdee, Pengerusi FAMA pada hari ini.4 Ogos 2026 (Selasa) di Bilik Mesyuarat Bunga Tanjung, Tingkat 4, Bangunan FAMA Point.
Sesi ini bertujuan memberi gambaran menyeluruh mengenai fungsi dan peranan FAMA dalam pembangunan serta pemasaran sektor agromakanan negara, pencapaian semasa, inisiatif strategik, cabaran organisasi serta hala tuju FAMA dalam memperkukuh ekosistem pemasaran hasil pertanian negara.