Gambar

4 November 2026 | Lawatan Kerja Pengarah FAMA Ke Negeri Kelantan | Pasri M,as, Kelantan

YBrs. Encik Faisal Iswardi bin Ismail, Ketua Pengarah FAMA, telah mengadakan lawatan kerja ke Kampung Bendang Belukar, Pasir Mas, Kelantan bagi menghadiri Program Turun Padang YB Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Bersama Pesawah di Negeri Kelantan.

Program tersebut telah disempurnakan oleh YB Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, sebagai sebahagian daripada usaha mendekati komuniti pesawah serta melihat perkembangan dan keperluan sektor penanaman padi di lapangan.

Penglibatan Ketua Pengarah FAMA dalam program ini mencerminkan komitmen FAMA dalam menyokong agenda dan inisiatif Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), di samping memperkukuh hubungan kerjasama serta penyelarasan antara agensi dalam sektor agromakanan negara.

Turut hadir bersama ialah YBrs. Encik Muhamad Razis bin Samsu, Pengarah FAMA Negeri Kelantan dan YBrs. Encik Muhd Yusuf bin Sulaiman, Timbalan Pengarah FAMA Negeri Kelantan (Sekuriti Makanan dan Operasi).