Gambar

4 Mac 2023 I Sabtu I Bangi, Selangor I Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12) dan Dasar Agromakanan Negara 2.0 (DAN 2.0) Kementerian Pertanian & Keterjaminan Makanan (KPKM)

Dalam Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12) dan Dasar Agromakanan Negara 2.0 (DAN 2.0) Kementerian Pertanian & Keterjaminan Makanan (KPKM) telah mengariskan beberapa komoditi tanaman yang dilihat mampu menjadi sebagai sumber kekayaan baru.

Selaras dengan itu, Kursus Galakan Pelaburan & Pemasaran Tanaman Kelapa telah dianjurkan oleh Bahagian Pembangunan Modal Insan (PMI), FAMA dengan kerjasama Persatuan Usahawan Kelapa (PUKM).

Seramai 125 orang peserta daripada seluruh Malaysia telah menyertai kursus yang berlangsung selama sehari ini bertempat di Institut Semarak Felda (ISEF). Peserta adalah terdiri daripada pengusaha sedia ada dan masyarakat umum yang berminat mengusahakan tanaman bernilai tinggi ini.

Bersempena dengan kursus ini juga turut diadakan pameran dan jualan yang berkaitan industri kelapa. PUKM turut mengambil bahagian dengan membuka kaunter pendaftaran serta Bahagian Regulatori FAMA yang menekankan pameran berkaitan Peraturan GPL. Penutup Kursus ini telah disempurnakan oleh Y.Brs Puan Siti Nurul Haida binti Ibrahim, Pengarah Bahagian, Bahagian Pembangunan Modal Insan. Turut hadir ialah Encik Mohd Azizi Irwan Bin Sukimin, Pengerusi PUKM.