Gambar

4 Jun 2025 | Program Bicarawara Bersama YBrs. Puan Rosilawati Binti Abu Hassan, Timbalan Ketua Pengarah (Khidmat Pengurusan) FAMA | Pejabat FAMA Negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya
Program Bicarawara bersama YBrs, Puan Rosilawati binti Abu Hassan, Timbalan Ketua Pengarah (Khidmat Pengurusan) FAMA telah diadakan pada hari ini bertujuan sebagai platform untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan  sepanjang perkhidmatan beliau di FAMA bersama warga kerja FAMA Negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya. 
Antara aktiviti yang dijalankan pada hari ini ialah sesi dialog, menanam pokok ajaib, dan ziarah kasih staff FAMA Negeri Selangor, En. Mainon.
Turut hadir ialah YBrs. Tn. Hj. Isa bin Hamzah, Pengarah FAMA Negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya, YBrs. Puan Intan Suraya binti Ibeni Hajar, Pengarah Kanan Pengurusan Sumber Manusia, dan Encik Encik Muhammad Nor Badlishah bin Ahmad Shahrin, Pengarah Cawangan Korporat & Advokasi FAMA.