Gambar

4 Julai 2024 | Khamis | Majlis Peluncuran Banci Pertanian 2024 | Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS), Selangor
Peluncuran telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Sri Haji Fadillah Bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air. 
Banci Pertanian 2024 bertujuan mendapatkan struktur dan ciri-ciri sektor pertanian yang komprehensif dan terperinci pada suatu masa yang meliputi subsektor tanaman, ternakan, perikanan dan perhutanan & pembalakan bagi pegangan pertanian (pertubuhan perniagaan, institusi dan isi rumah).
Pelaksanaan Banci Pertanian ini adalah bertepatan dengan inisiatif yang telah dijajarkan dalam Dasar Agromakanan Negara 2021-2030. Melalui Banci Pertanian 2024, pangkalan data Malaysia Statistical Agriculture Register (MySAgR) akan dibangunkan bagi mengintegrasikan maklumat setiap pengusaha dan pertubuhan pertanian dan untuk menjadi sumber rujukan kepada pelbagai pemegang taruh. 
Tetamu kehormat yang turut hadir ke majlis ini adalah YB Datuk Seri Haji Mohamad Bin Sabu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan dan YBhg. Datuk Seri Lokman Hakim Bin Ali, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan. Hadir bersama ialah YBrs. Tuan Haji Aminuddin Bin Zulkipli, Pengerusi FAMA, YBrs. Encik Abdul Rashid Bin Bahri, Ketua Pengarah FAMA dan YBrs. Encik Faisal Iswardi Bin Ismail, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) FAMA.