4-7 Oktober 2026 | Program Bersepadu Pengurusan Bencana Dan Kesinambungan Operasi Kasturi FAMA (PROKAST) 2026 | Nur Lembah Pangsun Eco Resort, Hulu Langat, Selangor
Gambar
Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) terus memperkukuh tahap kesiapsiagaan warga kerja melalui Program Bersepadu Pengurusan Bencana dan Kesinambungan Operasi KASTURI FAMA (PROKAST) Tahun 2026, yang dilaksanakan dengan kerjasama Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).
Program selama empat hari tiga malam ini memberi pendedahan dan latihan praktikal kepada warga FAMA dalam aspek pengurusan bencana, kesiapsiagaan organisasi serta kesinambungan operasi ketika berhadapan situasi kecemasan dan gangguan operasi.
Antara pengisian utama PROKAST 2026 merangkumi pengenalan KASTURI dan APM, pengurusan risiko bencana, pengoperasian CDA-ERT FAMA, pengaktifan Bilik Gerakan, penyediaan SITREP, pengurusan Pusat Pemindahan Sementara (PPS), pertolongan cemas serta pelaksanaan Table Top Exercise dan simulasi operasi bencana.
Program turut memberi penekanan terhadap pengurusan maklumat dan pelaporan, penggunaan sokongan digital, pengurusan logistik serta bekalan makanan dan penyelarasan sumber bagi menyokong kesinambungan operasi FAMA ketika berlaku bencana.
Majlis Perasmian Penutupan PROKAST FAMA Tahun 2026 telah disempurnakan oleh YBrs. Encik Shahrizan bin Sudiman, Timbalan Ketua Pengarah (Khidmat Pengurusan) FAMA, pada 6 Oktober 2026.
Turut hadir, YS Kolonel (PA) Fendi bin Haji Ali, Pengarah Bahagian Pengurusan Latihan, Ibu Pejabat Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM); YBrs. Encik Shabuddin bin Mohd Nor, Pengarah Bahagian/Cawangan Pembangunan Modal Insan, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia FAMA; YBrs. Puan Rafidah binti Toha, Timbalan Pengarah FAMA Negeri Selangor; serta Kapten (PA) Noraliza binti Haji Yusuf, Pegawai Pertahanan Awam Daerah (PPAD) Gombak.
Pelaksanaan PROKAST 2026 diharap dapat meningkatkan kefahaman dan keupayaan warga FAMA dalam menghadapi situasi bencana secara lebih tersusun, cekap dan berkesan, di samping memperkukuh koordinasi serta kerjasama antara FAMA, APM dan agensi berkaitan.
Latihan dan kerjasama berterusan ini penting bagi memastikan warga FAMA sentiasa bersedia, berdisiplin dan kompeten dalam melaksanakan peranan masing-masing, selaras dengan fungsi serta bidang kuasa FAMA dalam menyokong kesinambungan operasi dan rantaian bekalan agromakanan ketika berhadapan situasi bencana